VANAKAM DAN SALAM SATU MALAYSIA. SELAMAT DATANG KE LAMAN SJK T SABAK BERNAM.

Selasa, 6 April 2010

SEJARAH SEKOLAH

Pada awalnya, bangunan asal sekolah ini hanya berupa sebuah pondok dan didirikan tidak jauh dari tapak bangunan sekarang di kawasan ladang ini juga. Semasa permulaan penubuhannya pada tahun 1920, hanya dua bilik darjah sahaja didirikan dengan jumlah murid seramai enam orang serta seorang tenaga pengajar.

Pada masa itu, sekolah itu, dinamakan Sekolah Rendah Jenis kebangsaan (Tamil) Ladang Torkinton dan menggunakan Bahasa Tamil sebagai bahasa penghantar tunggal.

Tidak lama kemudian, bilangan murid telah bertambah seramai 40 orang dan pada tahun 1950 bangunan sekolah telah didirikan di tapak sekarang dengan enam bilik darjah.

Penduduk ladang ini terdiri daripada kaum India dan Telugu bagi memenuhi keperluan pendidikan di sini. Maka, nama sekolah telah bertukar menjadi SRJ (Tamil/Telugu) Ladang Torkinton bagi membolehkan Bahasa Telugu dan Bahasa Tamil menjadi bahasa penghantar.

Tahun 1984, ialah tahun terakhir kelas Telugu setelah Kementerian Pendidikan Malaysia mengamalkan Sistem KBSR di semua sekolah dan mulai tahun 1985, semua murid sekolah ini menggunakan Bahasa Tamil sebagai bahasa penghantar.

Pada tahun 1987, nama sekolah ini sekali lagi ditukar menjadi SRJK (T) Ladang Sabak Bernam berikutan dengan pertukaran nama Ladang Torkinton kepada Ladang Sabak Bernam dibuat oleh pihak pengurusan ladang.

Perkembangan Sekolah

Sungguhpun sekolah ini dituuhkan pada tahun 20-an dengan murid dan tenaga pengajar yang sedikit, ia mula berkembang pesat pada tahun-tahun 60an.

Pada tahun 1950, bangunan sekolah telah didirikan di tapak sekarang dengan 6 buah bilik darja oleh majikan Ladang Torkington. Sebuah bangunan tambahan dengan 3 buah bilik darjah telah didirikan pada tahun 1973 dengan bantuan daripada pihak majikan ladang yang menderma sebanyak RM 10,000, Kementerian Pendidikan RM 8,000 dan sumbangan daripada ibubapa serta orang-orang kenamaan yang tinggal di Sabak Bernam.

Guru Besar ketika itu mendiang A.Chinnappan telah bertungkus lumus untuk mendirikan bangunan tambahan ini dan mengubahsuai rumah pekerja ladang menjadi kantin sekolah.

Di sekitar tahun-tahun 60-an, sekolah ini telah mempunyai kelas sehingga tahun 6. Bilangan murid terus bertambah sehingga ke tahun 70-an. Walau bagaimanapun, pada tahun-tahun 80an bilangan murid-murid menurun disebabkan perpindahan penduduk ke bandar-bandar Shah Alam dan Sungai Wei.

Pada awalnya sekolah ini tidak mempunyai padang untuk menjalankan kegiatan pendidikan jasmani dan sukan. Persefahaman yang di antara bekas Guru Besar, En A.Chinnapa dengan majikan ladang telah membolehkan padang ladang digunakan bagi menjalankan kegiatan pendidikan Jasmani dan sukan sekolah.

Dalam tahun-tahun 4 dan 5, puluhan segala peralatan sekolah dibekalkan oleh pihak ladang. Kini, Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil alih tugas ini. Namun begitu pada tahun pihak ladang ada memberikan bantuan seperti buku-buku rampaian dan wang sebanyak RM 500 bagi menjayakan kejohanan olahraga sekolah atau hari penyampaian hadiah.

Pengasas Sekolah

Pengasas sekolah ini ialah Encik Kolappu. Beliau telah bertungkus lumus untuk mewujudkan sebuah sekolah di ladang ini. Dengan usaha beliau juga bangunan yang dulunya hanya berupa pondok telah diganti dengan sebuah bangunan ynang lebih selesa bagi murid-murid untuk belajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan